Pengunjung blog ini adalah dinasihatkan agar menggunakan pertimbangan sendiri terhadap sebarang bentuk penulisan di sini. Penulis tidak akan bertanggung jawab ke atas apa-apa masalah atau kerosakan akibat penggunaan maklumat di dalam blog ini. Sebarang artikel, maklumat dan juga gambar dalam blog ini adalah berkaitan anak2matadam sebagai rujukan sendiri semata-mata. Segala pandangan di sini mengikut pandangan penulis sendiri dan tidak berkenaan dengan mana-mana pihak. Segala pandangan, kritikan atau komentar yang bernas adalah dialu-alukan untuk membimbing anak2matadam ke arah yang lebih baik . Harap Maklum.

Labah2 Bersarang

Oktober 30, 2011 Tinggalkan komen

Blog ni dah lama tak terbangun… apa pun semuanya sihat walafiat. Tahun ni anak2matadam rancang nak balik ke Terengganu…. jadilah kot..

Tiket belum dapat lagi……

Kategori:Uncategorized Tags:

Akhirnya…

Januari 22, 2011 Tinggalkan komen

Tanggal 22 Januari , Anis keluar juga daripada asrama menjadi pelajar harian.

Walaupun asalnya dialah yang memilih untuk diam atau menghuni di asrama puteri , dia jugalah yang memilih mahu keluar daripada asrama pada hari ini.

Alasannya… tidak dapat menyesuaikan diri dengan jadual belajar, dia suka belajar ikut mood. Kalau di asrama kena ikut jadual belajar. kurang rehat kerana banyak aktiviti menyebabkan badan letih , selalu tidur dalam kelas sewaktu P&P guru dan tidak dapat memberi perhatian kepada pelajaran.

Itulah yang selalu diungkapkannya dalam dua minggu mutakhir menjadi penghuni asrama. Biarpun banyak abah dan ummi beri pandangan dan nasihat agar memberi masa untuk menyesuaikan diri, sikap manja masih belum dapat dibuang, masih mahu keluar juga.

Akhirnya, hari ini kami datang mengambilnya untuk kembali menjadi pelajar harian….

Terima kasih kepada pihak sekolah, warden dan pelajar2 senior yang banyak membantu anak saya sepanjang menjadi pelajar asrama…. dia sudah belajar susah payah bila berdikari (berdiri atas kaki sendiri) dan hidup berjauhan sedikit dengan ibu bapa.

Semoga sesingkat masa itu, akan ada kesan di jiwanya.

Kategori:Anis Tags:

Hari Melapor Diri Ke SMK Agama Sibu

Januari 3, 2011 Tinggalkan komen

2 Jan 2011 adalah hari Anis melapor diri ke SMK Agama Sibu.

Walaupun rumah dengan sekolah hanya satu kilometer jaraknya Anis memilih untuk tinggal di asrama.

Dalam ertikata lain Anis meneruskan tradisi abah dan ummi yang belajar berdikari sejak kecil lagi.

Semoga Anis dapat menjadi insan berguna di hari muka dan berjaya menempuh kehidupan baru ini bersama rakan-rakan yang lama dan baru.

Rakan lama yang datang dari sekolah yang sama dan rakan baru yang datang dari pelbagai sekolah yang jauh dan dekat.

Sebagai pelajar baru, mereka akan terlibat dengan minggu orientasi yang dikendalikan oleh Pihak Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.

Selamat Maju Jaya anakku, Anis.

Kategori:Anis Tags:

Selamat Datang 2011

Januari 1, 2011 Tinggalkan komen

Selamat Tahun 2011 diucapkan kepada anak2matadam dan semua yang bertamu di blog ini.

Tahun 2010 telah meninggalkan kita dan tidak akan berulang lagi. Semua yang berlaku dalam tahun lalu telah kita tinggalkan dan kini ia telah menjadi sejarah yang penuh peringatan dan periktibaran dalam hidup kita semua.

Banyak kenangan pahit manis telah kami tempuhi sepanjang tahun 2010.

Kenangan pahit tu tidak banyak di antaranya kekurangan perbelanjaan menyebabkan kami terperap di rumah sahaja tidak berziarah ke mana-mana, selalu saja demam dan sakit walaupun ringan-ringan. Terakhir ni batuk yang berpanjangan.

Namun kenangan manis anak2matadam ialah ketika balik bercuti ke Terengganu pada bulan Jun selama 3 minggu. Anis pula menduduki UPSR dan mendapat keputusan yang amat memberansangkan dengan memperolehi 5A dalam UPSR dan A+ dalam subjek Bahasa Arab (6A).

Walau apapun hubungan kekeluargaan kami kini bertambah erat dan saling hidup berkasih sayang. Kami bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan kami kesatuan hati walaupun hidup secara sederhana dan yang penting kami merasa bahagia selalu.

Semoga kehadiran 2011 akan membaeri lebih makna kepada kehidupan kami sekeluarga. Insya Allah, amiin Ya Rabbal ‘Alamiin.

Kategori:Sekeluarga

Batuk Berpanjangan

Disember 3, 2010 1 komen

Sejak akhir-akhir ini Fawwaz kerap kena batuk tapi kali ini sikit menggusarkan kerana batuknya berpanjangan. Walaupun sudah diberi ubat daripada hospital, dibeli daripada farmasi masih degil juga batuknya. Sehingga hari ini sudah masuk sembilan hari.

Bimbang juga kalau ada hal-hal yang lain. Khususnya bila larut malam, batuknya kian menjadi berkahak tapi putih. Ditanya sakit atau tidak perut atau dada , dia beritahu tidak. Tidurnya ternyata terganggu, tapi dia nampaknya ada selera makan, tidak demam. Awal-awal tu memang ada demam, sekarang sudah kebah.

Esok nampaknya kena bawa ke Poliklinik untuk mendapat pemeriksaan lanjut.

Ya Allah sembuhkanlah batuk anakku, Fawwaz!!!!

sambungan…. pada ; 1/1/2011

Setelah sembuh Fawwaz, seorang demi seorang anak2matadam kena demam dan batuk. Boleh dikatakan sepanjang cuti akhir tahun 2010 ini kesihatan mereka agak terjejas. Semuanya kerana batuk yang berpanjangan. Anis, Asilah dan Adim masih lagi batuk walaupun sudah beberapa kali dirujuk ke klinik. Hilang sekejap kemudian batuk balik. Kasihan mereka.

Hari Rabu lepas bawa lagi ke sebuah klinik swasta, banyak juga kosnya tapi nampaknya masih mengalami batuk khususnya di waktu dinihari atau tengah malam. Suhu sejuk rasanya sekarang ini.

Harap2lah mereka cepat sembuh untuk menyambung pembelajaran yang akan bermula 3 Jan 2011 nanti….

Pertandingan Mewarna Anjuran BSN Sibu

November 14, 2010 Tinggalkan komen

Sabtu : 13 November 2010
Delta Mall, Sibu

Mengisi masa kosong anak-anak di hari cuti hujung minggu, mengajak mereka menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Kelab Penabung Muda BSN Sibu. Disamping mengisi masa lapang, dapat mendidik anak-anak dengan aktiviti sosial yang baik dan bermanfaat disamping menanam sikap suka menabung sedari kecil. Diharap pihak lain juga lebih aktif mendekati masyarakat khususnya kanak-kanak denagn program yang mampu membina kesedaran mereka dalam pelbagai bidang bersesuaian dengan aras umur dan kebolehan anak-anak ini.

Tahniah BSN, Sibu

peserta-peserta pertandingan melukis bersama BSN Sibu

peserta-peserta pertandingan melukis bersama BSN Sibu

Disamping dapat mempromosi produk yang ditawarkan kepada ahli masyarakat, dapat mendidik mereka supaya menabung demi masa depan dan berbelanja secara berhemah.

Anak-anak yang menyertai pertandingan mewarna kali ini diberi beg kain, alat tulis, fail aktiviti, makan tengahari (nasi ayam) dan saguhati tabung BSN. Kepada yang menang hadiah berupa wang tunai juga disediakan. Paling dihargai ialah setiap peserta menerima sijil penyertaan yang akan dikenang sampai bila-bila.

Anak-anak yang menyertai pertandingan kali ini begitu seronok mendapat hadiah masing-masing.

Berita bergambar anak-anak matadam;

Bergambar sekeluarga ; Ummie menemani anak-anak sebelum pertandingan

pertandingan melukis anjuran BSN

pertandingan melukis anjuran BSN di Delta Mall, Sibu

Berjamu Selepas Pertandingan Melukis

Berjamu Selepas Pertandingan Melukis

Berjamu Selepas Pertandingan; Nasi ayam Sumbangan BSN, Sibu.

Berjamu Selepas Pertandingan; Nasi ayam Sumbangan BSN, Sibu.

Majlis Kesyukuran UPSR 2010 SK Agama Sibu

November 13, 2010 Tinggalkan komen

SK Agama Sibu tahun ini sekali lagi mengekalkan kecemerlangannya dalam pencapaian UPSR di Bahagian Sibu. Malam tadi satu majlis kesyukuran yang dihadiri oleh Lembaga Kebajikan Sekolah Agama Sibu, Wakil PPD Sibu, JK PIBG Sekolah, para guru, ibubapa dan anak-anak yang mencapai kecemerlangan dalam UPSR yang diumumkan 11 November 2010 lalu.

Dalam majlis yang sama dihadiri oleh murid-murid tahun 6 (2010) sebagai malam perpisahan mereka bersama ibubapa masing-masing.

Terima Saguhati Sekolah

Anisah Syahirah Terima Saguhati Sekolah

Anak-anak yang mendapat 6A menerima saguhati sebanyak RM100 manakala yang mendapat keputusan 5A sebanyak RM50 setiap seorang. Tahniah buat mereka. Walaupun ada yang kurang berjaya, mereka juga anak-anak yang cemerlang. Kejayaan dalam UPSR adalah anak tangga awal sedangkan masih banyak anak tangga yang perlu mereka panjat untuk mencapai kejayaan hidup di masa akan datang.

Seramai 21 orang pelajar yang mendapat A dalam semua matapelajaran menerima saguhati kecemerlangan malam tadi.

Buat anakku, Anisah Syahirah, tahniah!!! Jadikan kejayaan ini sebagai ransangan kepada kejayaan akan datang. Usah berhenti di sini kerana ini bukan titik nokhtahnya… semoga kakak akan sentiasa berada atas landasan yang betul dan menjadi teladan kepada adik-adik yang lain. Semoga mereka akan mengikuti jejak kakaknya, itulah doa abah dan ummie.

Kategori:Anis Tags: