Utama > Fawwaz > Pukul Anak Kerana Malas Solat Fardhu

Pukul Anak Kerana Malas Solat Fardhu

Entah mengapa angin saya benar-benar naik bila masuk maghrib hari ini. Setelah mulut saya membebel-bebel suruh anak lelakiku mengambil wudhuk, dia buat tidak kisah saja. Sengaja lambat-lambatkan diri atau sengaja berlengah daripada mengambil wudhuk untuk solat fardhu maghrib.

Entah kenapa syaaitan masuk dalam diri anakku sehingga dia berat benar nak solat berjamaah? Yang lain semua dah bersedia atas sejadah masing-masing; menunggu yang seorang ni.

Entah syaitan apa pula masuk dala diri saya dalam hendak menghadap Allah SWT; kesabaran saya hilang. Saya tarik anak saya yang berusia tujuh tahun itu masuk dalam bilik air paksa dia berwudhuk tapi mula tunjuk sikap egonya dan berkeras hati tapi meraung kuat bagai nak muntah lagaknya.

Ringan saja tangan saya memukul tangan anak saya yang tak nak hulurkan tangannya untuk memulakan berwudhuk. Entah berapa kali saya pukul dekat tangan dan kakinya. Hilang sabar saya dengan perangai anak saya ni; terus saya ambil air yang dalam cerek saya acah nak siramnya dengan air panas baru dia kendur dan dengan perlahan-lahan mengambil wudhuk. Takut dia kena siram dengan air panas.

Masa solat tu anak lelakiku masih merengus dan bila berakhir solat aku peringatkannya lagi ; “Solat Itu Perintah Allah”. “Tidak Solat Kita Kawan Syaitan dan dibenci Allah”.

“Ya Allah, Berilah kesabaran kepadaku dalam mendidik anak-anakku menjadi insan yang soleh”

Kategori:Fawwaz
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: