Utama > Asilah > Susu Badan Ibu Cukup Mujarab

Susu Badan Ibu Cukup Mujarab

Semalam; sejak sebelum maghrib anak perempuanku yang keempat merenget dan menangis kerana sakit dalam telinganya sebelah kanan. Aku hanya menggosok-gosok tapi teriakan anakku kian kuat. Aku kira itu ragam anak perempuan ku yang suka berteriak biarpun kerana hal yang kecil; teriakannya amat kuat sekali.

Selepas maghrib saya ada hal di luar rumah dan jam 9:00 malam baru saya pulang kerumah. Isteriku bising berleter kepadaku yang gagal dihubungi dengan handphone. Anakku menangis sakit telinganya tidak berhenti. Aku bercadang untuk membawanya ke hospital. Isteriku mencelah supaya menunggu sekejap kerana dia baru saja menelefon sahabat kami yang ada anak kecil. Buat apa tanyaku? Isteriku menjawab tadi dia ada menelefon ibunya di kampung minta petua kalau ada ubat tradisional kalau sakit telinga.

Isteriku ada syak ada sesuatu serangga macam “piras” sejenis binatang yang hisap darah yang selalu ada ditubuh binatang seperti kucing. Kami berusaha memastikan kalau dapat kami pastikan adanya dengan menyuluh lampu picit ke dalam lubang telinga anak saya.

Tidak berapa lama sahabat kami sampai dan dia terus memerah susu dadanya dalam bilik dan membawa keluar beberapa titis air susu badan tersebut dan kami menitiskannya kedalam telinga anak kami yang sakit.

Tiba-tiba anak perempuanku berhenti menangis. Terus tertidur dia dan tidur dia sampai pagi. Alhamdulillah sakit telinga anak perempuan saya hilang. Apa sebab sakitnya tidaklah pula kami dapat pastikan. Yang pasti susu badan ibu sangat terkesan dan mujarab sekali. Tidak jadilah kami ke hospital.

Terima kasih sahabat. Syukur Kepada Allah SWT di atas ilham dan penyembuhannya. Sesungguhnya kami ini adalah hambuMU yang lemah dan Engkau Jua Maha Berkuasa Atas Segalanya dan Maha Mengtahui Atas Segala Sesuatu.

Kategori:Asilah
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: