Utama > Adim Fathi, Anis, Asilah, Fawwaz > Batuk Berpanjangan

Batuk Berpanjangan

Sejak akhir-akhir ini Fawwaz kerap kena batuk tapi kali ini sikit menggusarkan kerana batuknya berpanjangan. Walaupun sudah diberi ubat daripada hospital, dibeli daripada farmasi masih degil juga batuknya. Sehingga hari ini sudah masuk sembilan hari.

Bimbang juga kalau ada hal-hal yang lain. Khususnya bila larut malam, batuknya kian menjadi berkahak tapi putih. Ditanya sakit atau tidak perut atau dada , dia beritahu tidak. Tidurnya ternyata terganggu, tapi dia nampaknya ada selera makan, tidak demam. Awal-awal tu memang ada demam, sekarang sudah kebah.

Esok nampaknya kena bawa ke Poliklinik untuk mendapat pemeriksaan lanjut.

Ya Allah sembuhkanlah batuk anakku, Fawwaz!!!!

sambungan…. pada ; 1/1/2011

Setelah sembuh Fawwaz, seorang demi seorang anak2matadam kena demam dan batuk. Boleh dikatakan sepanjang cuti akhir tahun 2010 ini kesihatan mereka agak terjejas. Semuanya kerana batuk yang berpanjangan. Anis, Asilah dan Adim masih lagi batuk walaupun sudah beberapa kali dirujuk ke klinik. Hilang sekejap kemudian batuk balik. Kasihan mereka.

Hari Rabu lepas bawa lagi ke sebuah klinik swasta, banyak juga kosnya tapi nampaknya masih mengalami batuk khususnya di waktu dinihari atau tengah malam. Suhu sejuk rasanya sekarang ini.

Harap2lah mereka cepat sembuh untuk menyambung pembelajaran yang akan bermula 3 Jan 2011 nanti….

  1. Disember 3, 2010 at 7:33 pm

    Oleh kerana hari jumaat, biasanya orang ramai di poliklinik, bimbang berkejar dengan solat Jumaat yang awal di Sibu ni, bawa ke Tang Specialist , untuk 3 jenis ubat (antibiotik, demam dan batuk sebanyak RM61.00. setakat ni ahli keluarga mustajab @ serasi dengan dr Tang, alhamdulillah.

    Ingat dulu (tahun 2000, baru2 sampai ke Sibu), masa ummi kena batuk panjang ni (hampir dua bulan sampai kena xray di hospital) dapat rawatan di sini juga, dengan izin Allah SWT cepat sembuh, Alhamdulillah.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: